Khamis, 23 Disember 2010

mengajar anak-anak erti bersyukur

puteri-puteriku sayang...


konsep bersyukur sangat luas. bersyukur bukan hanya pada lidah, tapi juga pada perbuatan. Bersyukur (berterima kasih), kepada sesama manusia lebih cenderung kepada menunjukkan perasaan senang menghargai. Adapun bersyukur kepada Allah lebih cenderung kepada pengakuan bahawa semua kenikmatan adalah pemberian dari Allah. Inilah yang disebut sebagai syukur. Lawan kata dari syukur nikmat adalah kufur nikmat, iaitu mengingkari bahwa kenikmatan bukan diberikan oleh Allah.

suatu malam sebelum tidur puteriku yg sulung,anis maisarah tiba-tiba bersuara.. "ummi, nanti kakak dgn adik dapat baby,kita kena la tukar cat rumah kita...rumah kita dah buruk,adik dgn kakak conteng.." spt biasa setiap cadangan yg diberi akan kujawab agar mereka akan rasa dihargai.. "kakak,syukurlah kita ada rumah. walaupun rumah kita tak cantik tapi kita masih ada rumah untuk berlindung. cuba tgk dalam 'bersamamu' ada orang rumah pun tak ada,tinggal kat pondok je..ada tu tinggal di kandang lembu je.." bukan niatku untuk menghina mereka yang tidak berkemampuan tetapi sekadar untuk membuat anak-anak kecil ini berfikir..

dalam proses membesar ini anak-anak lebih banyak belajar dari persekitaran. setiap apa yang mereka lihat akan menjadi contoh. pendidikan tidak terbatas dalam bilik darjah semata-mata, malah pendidikan itu berlaku di setiap saat yang mereka lalui. saya biasa memberi contoh yang hampir dengan mereka terutama dalam bab bersyukur.

ada suatu masa dulu si kakak komplen lauk yang umminya masak cuma dua jenis shj. maklumlah bab masak ummi ni kekadang ikut mood..masa itu saya mengambil peluang untuk mengajar anak2 erti bersyukur dengan apa yang ada..makan tidak semestinya perlu ada banyak lauk pauk yang best, tetapi makan untuk meneruskan kehidupan..alhamdulillah kita masih dapat menjamah nasi setiap hari dengan lauk yang berbeza..adakalanya ikan,ayam,daging,ketam,udang,sotong dan segala macam..

teringat saya satu dokumentari yang rakam di vietnam sempena hari raya korban yang lalu. muslims di sana hanya dapat merasa daging sekali setahun. hampir menitik air mata saya melihat betapa gembiranya mereka bergotong royong masak kari daging.seekor lembu yang tumbang cuma dimasak kari untuk santapan seluruh penduduk kampung..tiada sambal,tiada acar buah,tiada lauk sampingan yang lain..hanya kari daging! contoh-contoh sebegini sangat bagus ditonton oleh anak2 kita. selepas itu saya memberi ulasan agar mereka lebih memahami keadaan yang berlaku.

antara perkara lain yang selalu saya ingatkan agar anak2 sentiasa bersyukur ialah semasa di dalam kereta. walau kereta yang dimiliki tidaklah mewah, tapi kita masih punya kereta. ke mana pun kita pergi dalam hujan mahupun panas kita masih boleh berlindung. orang lain bersesak-sesak di dalam bas,lebih malang lagi jika bermotorsikal..anak kecil kesejukan dalam pelukan ibu di kala hujan..masa itulah saya mengajak anak banyakkan ucap alhamdulillah..

anak-anak selalu membuat perbandingan dengan kawan2nya...kawan A ada itu dan kawan B ada ini... bukan kita tidak mampu untuk menyediakan segala kehendak mereka. (apalah sangat benda yang mereka suka..kasut baru, baby doll dll) tetapi saya dan suami lebih suka bersederhana, tidak terlalu turutkan apa yang mereka nak. sebaliknya kita memberi sebab yang munasabah agar mereka merasa syukur. kasut yang ada pun sudah berpasang-pasang, lebih baik dari orang yang 'berkaki ayam'.. kita kena ajar mereka memandang orang yang kekurangan berbanding orang yang berada..

baju-baju lama yang masih elok tetapi sudah tidak muat atau dah tak nak pakai saya lipat dan bungkuskan dalam satu beg plastik. begitu juga dengan kasut. kemudian saya labelkan beg tersebut. bila anak-anak tanya untuk apa ummi buat begitu saya jelaskan pada mereka, semua yang dalam bungkusan itu saya nak beri pada orang..biasanya saya sebutkan 'kawan-kawan ummi' atau 'anak kawan ummi'. kemudian saya ceritakan pada mereka tentang kesusahan orang lain. alhamdulillah anak2 sangat mudah faham. bungkusan tersebut kadang2 saya beri pada cleaner di sekolah, adakalanya saya cuma letak di luar tong sampah agar bila masa sampah diangkut pihak berkenaan, mereka tahu ada benda yang masih boleh digunakan.

begitu juga dalam berbelanja. saya mengajar anak membeli apa yang perlu sahaja. biasanya dalam perjalanan ke pekan rawang, kami akan lewati satu taman 'funfair'.. cuma sekali saya sebut, tetapi setiap kali lalu anak2 akan sebut dengan sendiri..."ini tempat membuang duit".. pernah saya duga si adik.. "nak tak satu hari ummi bawa adik dengan kakak masuk dalam tu tengok apa yang ada?".. adik jawab.."tak nak la, membazir je,nanti jadi saudara syaitan.." sesekali ke pasar malam bila tengok jualan permainan anak2 akan berhenti seketika. terasa juga kasihan melihat anak2 yang mungkin teringin untuk memilikinya,tetapi dari dulu saya memang tak mengajar anak2 membeli permainan di pasar malam,takut nanti tiap kali pergi mesti beli.. (bukan tak ada langsung mainan di rumah,tapi saya pilih mainan yang boleh merangsang pemikiran mereka)

di pasar malam juga suami juga mengajar anak2 bersedekah. menghulurkan duit pada tangan pakcik yang dunianya gelap gelita. kami suruh anak2 bersalaman agar mereka tidak merasa jijik melihat insan yang kekurangan ini.

semoga anak-anak ummi membesar dengan penuh rasa syukur kepada Allah.. Syukur juga padaMu ya Allah yang mengurniakan aku keluarga yang bahagia, anak-anak yang bijak dan segala nikmat yang tidak terhitung olehku..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Selasa, 21 Disember 2010

takziah buat puan martinelli & keluarga

adik aufa hani bersama nenda..

Setelah sekian lama menyepi, hari ini saya tergerak untuk menulis. Selepas melambai tangan pada suami yang bergerak ke tempat kerja, saya naik ke bilik komputer. Sementara menunggu puteri-puteri kesayangan saya terjaga dari mimpi, saya menjenguk ke muka buku untuk melihat khabar berita sahabat2..alangkah terkedu saya seketika membaca status ringkas seseorang yang sangat saya kagumi... "Alfatihah. Akhirnya Aufa pergi jua menghadap Allah Yang Maha Esa. DariNya kita datang kepadaNya kita kembalikan segalanya."

Hampir 2 minggu anak kecil ini di ICU dengan bantuan mesin pernafasan. Hari ini beliau pergi jua. Walau tidak pernah bertemu, tetapi saya selalu mengikuti perkembangan beliau melalui nendanya, kak nelli. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau dan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk pari-pari syurga ini. Semoga beliau lebih bahagia di sana..

kematian adalah masalah ketentuan Allah dalam urusan-Nya, yang terkandung dalam istilah qada' dan qadar yang wajib kita beriman dengannya.

Syurga neraka adalah hak mutlak Allah SWT, Dia sahaja yang berhak menentukannya.

Umur manusia semuanya di dalam ketentuan Allah. Ada yang dimatikan waktu kecil dan ada yang dikurniakan umur panjang. Hikmah di sebaliknya amat banyak, yang semestinya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui hakikatnya.

Kanak-kanak anak orang mukmin yang mati sebelum baligh di syurgakah mereka atau di neraka, adalah masalah yang tidak disemuafakati oleh ulama-ulama semuanya.

Akan tetapi jumhur Ahlissunnah wal jamaah berpendapat, bahawa mereka semua akan masuk ke dalam syurga Allah.

Al-Qadi Abu Ya'la bin al-Farra' meriwayatkan pendapat al-Imam Ahmad bin Hambal, katanya: "Mereka dimasukkan ke dalam syurga. Itulah pandangan yang mahsyur di kalangan ulama-ulama yang muktabar."

Al-Imam an-Nawawi menyatakan ijmak berlaku di kalangan ulama-ulama yang muktabar, bahawa kanak-kanak orang Islam yang mati sebelum baligh, mereka ditempatkan di syurga.

Dalil yang dipegang ialah firman Allah (mafhumnya):

"Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya." (Surah at-Thur, ayat 21)

Ibnu 'Abbas r.a dalam tafsiran ayat itu menyatakan: "Sesungguhnya Allah akan mengangkat anak keturunan (zuriat) orang-orang mukmin, bersama ibu bapa mereka di dalam syurga."

Al-Imam Muslim dengan sanadnya, meriwayatkan hadis daripada Abi Hassan katanya: "Saya bertanya Abu Hurairah berkenaan dua orang anak saya yang meninggal dunia sebelum baligh, apakah kamu (Abu Hurairah) pernah mendengar berbicara tentang anak-anak itu?

"Kata Abu Hurairah, Ya, ada saya mendengar, bahawa yang meninggal kecil daripada kalangan anak-anak orang Islam, mereka adalah di dalam syurga bersama ibu bapa mereka."

Itu adalah kurniaan Allah, seolah-olah memberi pengajaran bahawa, mana-mana orang mukmin yang Allah matikan anak mereka ketika masih kecil, kesedihan yang mereka tanggung tidak terperi, kerana kesabaran mereka menerima dan menanggung bebanan yang berat itu, Allah balas syurga kepada mereka, dan anak-anak itu akan menjadi penghibur kepada mereka di dalam syurga nanti.

Tentulah Allah SWT Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tidak akan mengazabkan hamba-Nya yang tidak melakukan sebarang kesalahan kepada-Nya.

Malah yang melakukan kesalahan pun Allah SWT akan memaafkan mereka. Inikan pula bayi yang masih kecil, daripada keturunan ibu bapa yang beriman kepada Allah SWT, dan tidak lagi ditaklifkan dengan amal-amal Islam, mereka masih seperti kain putih tiada dosa, maka logiknya mereka tidak diazabkan.

Jika tidak diazab, tentulah mereka dibalas dengan segala kebaikan, dan ditempatkan mereka ke dalam syurga bersama dengan ibu bapa mereka.

Semoga seluruh ahli keluarga kak nelli terus tabah menerima ujian dari Allah...

Khamis, 25 November 2010

Zikir dan Doa Semasa Bersalin



Amalan berzikir dan banyak berdoa digalakkan bagi ibu-ibu yang hendak melahirkan kerana ini dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika dalam kesakitan melahirkan anak nanti.Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:


“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”



“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.


“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”
Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,Kemudian pula :


“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.
Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:


Maha suci Allah

Aku mohon ampun kepada Allah


doa semasa hamil

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".

Selasa, 23 November 2010

AMALAN-AMALAN KETIKA MENGANDUNG

Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat.

Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut. Doanya :

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".

Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya.

Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

Ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

Sentiasa berakhlak yang baik.

Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demikianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil

Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:
- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil

- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hukum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

Sabtu, 20 November 2010

jangan 6 perkara



1. Jangan bangga sangat dengan pakaian yang cantik & mahal, kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan.
2. Jangan bangga & eksen sangat dengan kenderaan mewah, kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah & papan keranda.
3. Jangan terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk & nyaman kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad.
4. Jangan pula ego & bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti istana. Kita kena ingat, rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua.
5. Jangan terlalu megah dengan pangkat & darjat, kerana bila kiata sudah tiada nanti, kita dapat gelaran al-marhum.
6. Janganlah terlalu bangga & berlagak dengan wajah kita yang kacak atau cantik kerana bila kita mati nanti, wajah itu akan bertukar menjadi tengkorak…

Jumaat, 23 Julai 2010

4 amalan sebelum tidur







TAZKIRAH JUMAAT (23 JULAI 2010)
PENTAZKIRAH: USTAZAH NOR HAYATI AHMAD
TEMPAT: TAPAK PERHIMPUNAN SKSB

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bacalah salawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Khamis, 22 Julai 2010

ADUHAI 4 ORANG ISTERIKU




SUATU ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya.

Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” Jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?” Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati“. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.”

Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini ;

ISTERI KEEMPAT - adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA - adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA - adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA - adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari

Rabu, 26 Mei 2010

menghargai masa



24/5/2010- perhimpunan rasmi

guru berucap : ustazah marziana

tajuk : menghargai masa...



MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-'Ashr ayat 1-3 tafsirnya :

"Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".

Dari ayat tersebut jelas menunjukkan betapa masa itu sangat berharga dan penting dalam kehidupan manusia. Orang yang tahu mengurus dan menggunakan masanya akan beruntung dan berjaya dalam kehidupan, sebaliknya siapa yang lalai dan membuang masa, membiarkannya berlalu begitu saja akan rugi dan menyesal. Kerana itu kita hendaklah sentiasa ingat supaya sentiasa memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik-baiknya seperti beramal salih, melakukan perkara-perkara yang bermanfaat dan berkebajikan untuk masa hadapan dan bekalan menuju akhirat nanti.

Semua orang sedar bahawa perjalanan masa itu amat pantas dan masa yang berlalu itu tidak akan kembali lagi. Oleh itu kejarlah masa, elakkan dari tercicir dan tertinggal. Kita perlu bijak menguasai dan menggunakannya. Orang yang bijak tidak sekali-kali akan lalai dan mensia-siakan masa, tetapi penuh hati-hati dan tidak rela masa itu meninggalkannya walau sedikitpun melainkan mengisinya dengan pekerjaan yang berfaedah dan menguntungkan, baik semasa di dunia apatah lagi untuk di akhirat kelak.

Perlu diingat bahawa masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Masa itu di ibaratkan sebagai pedang, kalau kita tidak memotongnya, maka dia akan memotong kita. Kerana itu perbuatan menangguh-nangguhkan pekerjaan hari ini, menunggu hari esok adalah kerja yang merugikan dan boleh mendatangkan penyesalan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mengingatkan dalam hadis Baginda yang berbunyi maksudnya :

"Dari Ibni Abbas Radhiallahuanhuma ia berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada seorang lelaki dan Baginda menasihatinya : Rebutlah lima perkara sebelum kamu di datangi oleh lima perkara yang lain. Masa mudamu sebelum tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum fakirmu, masa lapangmu sebelum kesibukanmu dan masa hidupmu sebelum matimu".(Riwayat Al-Imam Al-Hakim)


Sememangnya menjadi kenyataan dan tidak boleh dinafikan bahawa terdapat di kalangan segelintir masyarakat yang hanyut di bawa arus globalisasi dan kemajuan sains dan teknologi kearah pembawaan yang tidak betul dan tidak tepat pada maksud sebenarnya kerana tidak ada kesedaran untuk menghargai masa sehingga berlakulah tabiat-tabiat merugikan dan membuang masa seperti melepak, berbual-bual kosong, bersuka ria dan bersukan sehingga tinggal kewajipan terhadap Allah Subhanahu Wataala dan bermacam-macam lagi perbuatan yang merugikan.

Cuba kita buat perkiraan diri kita berapa jam, berapa hari dan berapa tahunkah yang hilang dalam hidup kita ini, kerana berada di dalam kelalaian melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah, dalam tidur dan malas serta kesibukan-kesibukan, sedangkan setiap saat dan minit dalam umur kita ada perkiraan dan timbangannya. Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Anbiyaa' ayat 47 tafsirnya :

"Dan ingatlah kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk menimbang amal makluk-makluk pada Hari Kiamat. Maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikit pun dan jika amalan itu seberat biji sawi sekalipun nescaya kami akan mendatangkannya untuk ditimbang dan di- hitung dan cukuplah kami sebagai penghitung".

Kita umat Muslimin diperintahkan supaya menjaga waktu dan membuat perhitungan untuk masa hadapan. Oleh itu kita sebagai manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini yang di anugerahkan akal oleh Allah Subhanahu Wataala sepatutnya berfikir dan menggunakan akal fikiran itu kearah yang baik dan membina serta melahirkan idea-idea yang bernas untuk generasi akan datang. Sebagai contoh di musim percutian persekolahan ini, apakah kita sebagai ibubapa telah berfikir dan membuat perancangan untuk mengisi percutian itu dengan sesuatu yang berfaedah untuk anak-anak, ataupun membiarkannya kosong sahaja.

Sebenarnya inilah masa yang sesuai dan peluang bagi ibubapa berdamping rapat dengan anak-anak mereka dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan tujuan membimbing mereka menjadi manusia yang pandai menghargai masa.

Semua ini boleh di lakukan yang penting kita mahu, contohnya mengadakan lawatan-lawatan ke tempat-tempat bersejarah, membaca buku-buku yang berfaedah yang boleh menambah pengetahuan, melakukan amal kebajikan, beribadat bersama-sama dan bermacam-macam lagi aktiviti yang berguna. Inilah satu langkah bijak kearah melahirkan manusia yang berakhlak mulia, mentaati ibu bapa dan taat kepada Allah Subhanahu Wataala.

Akhirnya sama-samalah kita bertekad dan berazam menggunakan umur yang di pinjamkan Allah Subhanahu Wataala itu kearah melakukan ketaatan kepada-Nya bukan untuk kemaksiatan. Kerana berlaku taat kepada Allah Subhanahu Wataala itu membawa keuntungan dan mendapat berkat, sebaliknya berlaku ingkar dan derhaka itu mendatangkan kerugian dan mengundang kemurkaan Allah Subhanahu Wataala.

Ingatlah bahawa hidup ini hanya sementara, bila-bila masa dikehendaki Allah Subhanahu Wataala akan kembalilah kita kepada-Nya. Maka pada ketika itu penyesalan sudah tiada ertinya lagi. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Munaafiquun ayat 11 tafsirnya :

"Dan ingatlah Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang atau sesuatu yang bernyawa apabila sampal ajalnya. Dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan".

Oleh itu beramallah sebelum terlambat, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Munaafiquun ayat 9-10 tafsirnya :

"Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu dilalaikan oleh urusan harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah dengan menjalankan perintah-Nya. Dan ingatlah sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya. Kalau tidak maka ia pada saat itu akan merayu dengan katanya : Wahai Tuhanku ! Alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang salih".

Jumaat, 30 April 2010

SEDEKAH


Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut:

Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung."

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi). Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api). Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat apapun nescaya akan padam jika disiram dengan air). Para malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada, iaitu angin" (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat). Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya". Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya".

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dan lain-lain yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Ganjaran bersedekah

Rasulullah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda Rasulullah SAW, sbb : Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah". {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

Rasulullah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru, "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".

Tolak Bala dengan Sedekah

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb : "Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah". "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah". "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah.

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Juma'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jumaat, misalnya Juma'at ini kita menyumbang RM5 ke kotak amal tersebut maka sebaiknya Juma'at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di dunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka.

Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung di sisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

Sedekah yang pahalanya terus mengalir

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya." (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad)

Selasa, 27 April 2010

Bola Tampar (menyangga)

Check out this SlideShare Presentation:

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu:

1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...

Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu

· Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu

· Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu

· Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...

· Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah

· Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara

· Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa

· Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"

Ketika Mayat Siap Dikafan...

Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan

· Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha

· Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

Wahai Fulan Anak Si Fulan...

· Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal

· Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya

· Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika Mayat Diusung. ...

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan

· Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat

· Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Disolatkan....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat

· Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik

· Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahad....

terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...

· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gelita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...

· Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis

· Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka

· Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian...

Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku....

· Kini Kau Tinggal Seorang Diri

· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat

· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..

· Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri

· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku

· Hari Ini ...

· Akan Kutunjukan Kepadamu

· Kasih Sayang-Ku

· Yang Akan Takjub Seisi Alam

· Aku Akan Menyayangimu

· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman,

"Wahai Jiwa Yang Tenang …

Kembalilah Kepada Tuhanmu

Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya

Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku

Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"