Khamis, 19 Mei 2011

Panduan Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan

Kelahiran secara pembedahan (Caesarian) sudah menjadi sesuatu yang biasa pada masa kini. Ada yang terpaksa melaluinya kerana masalah posisi bayi ataupun bentuk tulang kajang yang sempit dan sukar memberi laluan kepada bayi untuk dilahirkan secara normal.

Ada juga ibu-ibu hamil membuat pilihan bersalin secara pembedahan kerana mahu mengelakkan rasa sakit mengisi ketuban. Tidak kurang pula yang memilihnya kerana beranggapan bersalin dengan cara tersebut dapat memelihara serta mengekalkan keadaan saluran vagina supaya tidak longgar.

Akibat kedangkalan pengetahuan berkaitan dunia kehamilan dan kelahiran, ramai ibu yang bersalin secara pembedahan tidak mengambil berat tentang penjagaan ketika dalam pantang. Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim atau faraj, keadaan rahim tetap bengkak, malah lebih serius akibat luka-luka pembedahan yang dilakukan ke atasnya. Luka-luka itu bukan sahaja di bahagian rahim tetapi juga lapisan demi lapisan kulit yang dibelah. Oleh yang demikian, penjagaan ibu bersalin dengan kaedah ini selalunya mengambil masa yang lebih lama. Dengan itu, tempoh pantangnya juga lebih panjang daripada ibu-ibu yang bersalin secara normal.

Ibu yang bersalin secara pembedahan perlu menjaga pantang pemakanan selama 100 hari dan pantang berjimak sekurang-kurangnya 50 hari. Petua-petua ini sangatlah penting diamalkan dengan tekun kerana keberkesannya telah terbukti. Amalan berpantang dapat mempertahankan kesegaran ujud anggota seseorang wanita agar kembali awet muda. Rata-rata telah terbukti bahawa ibu-ibu pengamal herba dan rawatan tradisional tampak lebih sihat serta anggun daripada gadis!.

Penjagaan Dan Rawatan Luaran

Mereka yang bersalin secara pembedahan lebih mudah mengalami masalah pengumpulan dan penyekatan angin, atau banyak angin. Akibatnya tubuh menjadi lembik, kendur dan tidak mantap walaupun melakukan banyak senaman. Mungkin secara fizikal kelihatan cantik serta langsing, tetapi otot dan sendi lazimnya mengalami penyakit angin sejuk atau panas seperti artritis, kebas-kebas sendi dan reumatisme. Saluran sulit menjadi longgar, kurang daya kemutan, berair atau terlalu kering dan mudah berpenyakit keputihan yang boleh menyebabkan hakisan mulut rahim dan ketumbuhan kecil seperti sista atau polip.

Lazimnya ibu yang melahirkan secara pembedahan lambat mendapat bentuk badan yang asal, terutama di bahagian perut dan pinggang. Untuk itu, rawatan secara tradisional harus dilakukan dengan sempurna dan teratur agar dapat mengembalikan keadaan ibu balik perawan. Amalan ini adalah untuk mengelakkan daripada bentan urat peranak serta keracunan luka pembedahan. Minuman herba juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Ibu dalam pantang bersalin pembedahan perlu mengikut pantang larang pemakanan sebagimana ibu bersalin normal.

Panduan Cucian Bahagian Sulit

Ibu bersalin secara pembedahan perlu mengamalkan cucian di bahagian sulit sebagaimana ibu-ibu yang melahirkan secara normal. ini kerana walaupun tiada luka jahitan, ibu-ibu tetap mengalami keluaran darah nifas. Penjagaan kebersihan serta kesihatan diri adalah amat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman, bau busuk atau hanyir di bahagian sulit, selain menjaga kesegaran tisu-tisu faraj.

Panduan Rawatan Tuaman Batu Atau Besi

Rawatan tuaman dan berbengkung dapat memecahkan angin dan lendir serta melancarkan aliran darah. Sebaik-baiknya tuaman dilakukan dua kali sehari pada waktu pagi sebelum masuk tengahari dan pada sebelah petang selepas waktu zuhur. Rawatan tuaman dilakukan ke atas seluruh badan, termasuk di bahagian perut serta luka pembedahan dengan hanya meletakkan batu tuam atau tungku besi secara lembut tanpa perlu menekan atau mencungkil urat.

Panduan Mandian

Sebelum mandi, lakukan rawatan berlulur seperti mana ibu bersalin normal. Selepas itu, lakukan mandian dengan air rebusan daun-daun yang mudah didapati pada masa kini.

Panduan Berbarut Atau Berbengkung

Ibu dalam pantang bersalin secara pembedahan perlu mempraktikkan rawatan berbengkung atau berbarut yang ringan ikatannya, atau boleh juga mengenakan strap on binder. Pemakaiannya harus dimulakan pada hari yang berikutnya selepas bersalin.

Mula-mula sapu minyak urut herba di bahagian perut dan di atas jahitan, di bahagian pinggang serta pinggul. Lakukan rawatan berbarut ini selama dua minggu berturutan walaupun masih terasa jahitan pembedahan.

Selepas ini selama dua minggu yang berikutnya perketat ikatan barut atau binder. Selepas empat minggu bolehlah digunakan barut dan sapuan ubat bersalin secara normal. pakai barut itu selama dua minggu iaitu hingga hari ke 44. Boleh juga digunakan barut sehingga 100 hari.

Tujuan berbarut adalah untuk membantu mempercepatkan proses mengecutkan rahim dan memecahkan angin lendir bertoksik. Selain itu, ketulan darah nifas dapat dikeluarkan dengan sempurna. Dengan cara ini, ibu bersalin pembedahan akan dapat mengelakkan daripada terasa sengal atau pedih di bahagian luka jahitan, ketegangan pada bahagian pelvis dan ngilu atau sengal apabila berjimak selepas tempoh berpantang kelak.

Tanpa rawatan ini, ibu-ibu bersalin secara pembedahan mudah mengalami keadaan perut buncit dan menggeleber serta berasa sakit atau lenguh di bahagian pinggang atau pinggul sehingga boleh melarat ke bahagian betis dan tumit. Jikalau dibiarkan dengan hanya rawatan moden, iaitu diberi suntikan dan ubat penahan sakit, lazimnya penyakit tersebut akan berulang kembali pada hari kemudian.

Ini mudah dijelaskan kerana suntikan dan ubat penahan sakit hanya menahan atau melegakan rasa sakit buat seketika atau merawat tanda-tanda penyakit, dan bukan merawat punca yang sebenarnya. Sebaliknya penyakit yang sedia ada itu akan melarat ke bahagian lutut serta pinggang, yang menandakan keadaan sudah menjadi lebih serius. Keadaan ini mengganggu pergerakan fizikal dan seterusnya mempercepat penuaan sebelum masa. Penyebab penyakit ini berpunca daripada ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peranak, ari-ari dan celahan paha.


Isnin, 16 Mei 2011

kini tiba masanya part 2: Doa & Zikir memudahkan bersalin


    Mengandung adalah suatu harapan dan cita-cita sesebuah perkahwinan. Ia adalah suatu anugerah. Oleh sebab itu banyak amalan-amalan yang harus kita lakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal kita lahirkan itu nanti akan menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia mahupun di akhirat. Untuk mencapai matlamat itu, anak tersebut mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau di dalam kandungan ibunya. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal.

    Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Qur'an, beristighfar dan berwirid setiap kali selepas mengerjakan sembahyang.

    Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:

    a) Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.
    b) Surah Yusuf, agar mendapat anak yang saleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
    c) Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
    d) Surah Maryam.
    e) Surah at-Taubah.
    f) Surah al-Ikhlas.

    Sementara wirid-wiridnya pula ialah:

    1.

    2.

    AMALAN SEMASA HAMPIR BERSALIN:

    Untuk memudahkan ibu-ibu yang hendak bersalin, hendaklah banyak membaca surah-surah seperti berikut:

    1. Surah al-Fatihah.
    2. Surah al-Nahl ayat 78.
    3. Surah al-Hasyr, Ayat 21.
    4. Selawat Syifa:

    5. Do'a:

      Ertinya: "Ya Allah! Dengan hak Maryam, juga dengan hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama pesakit dan ibunya penderitaan bersalin, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya."

    6. Wirid:

      Ertinya: "Tuhanku, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan, kerana sesungguhnya memudahkan sesuatu itu mudah bagiMu. Tuhanku sempurnakanlah dengan kebaikan."

    7. Dan sunat memperbanyakkan membaca do'a Nabi Yunus (Surah al-Anbiya ayat 87):

      Tafsirnya: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah!) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."

    8. Disunatkan juga memperbanyakkan do'a menghilangkan kebimbangan dan ketakutan:

      Bagi ibu-ibu yang sukar bersalin:

      Dibaca pada air kemudian diminum dan disapukan pada mukanya insya Allah mudah bersalin dengan izin Allah.

      Ayat yang dimaksudkan ialah:

      Dan disambung dengan surah al-Hasyr ayat 21-24 (sebagaimana yang disebutkan di atas) dan ditambah dengan:

      Dan satu cara lagi sebagaimana kata Ibni Abbas Radhiallahu' Anhuma, jika seorang perempuan susah hendak bersalin maka hendaklah dituliskan pada satu kertas dan direndamkan kemudian diberi minum dan disapu pada mukanya insya Allah mudah bersalin, iaitu:

      Ditambah dengan:

      Sementara bagi orang yang berada disamping perempuan yang hampir melahirkan itu disunatkan membaca ayat-ayat berikut untuk membantu memudahkannya bersalin. Di antara ayat-ayat tersebut ialah:

      i. Ayat al-Kursiy dalam surah al-Baqarah ayat 255.
      ii. Surah al-A'raf ayat 54-55.
      iii. Surah al-Falaq dan an-Nas:

      Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu Anha:

      Maksudnya: "Apabila dia (Fatimah) telah hampir melahirkan, Rasullullah telah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab bte Jahash agar datang melihat Fatimah, maka Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam membaca ayat al-Kursiy dan surah al-A'raf di sisi Fatimah dan memohon perlindungan daripada Allah dengan membaca surah al-Mu'awidzatain." .

      disalin dari: http://www.brunet.bn

kini tiba masanya part 1: Tanda-tanda Bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:

  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

disalin dari :http://portal.alamhamil.com

Rabu, 27 April 2011

Chicken Pox; ujian di akhir kehamilan

sempat lagi ke strawberry park dalam keadaan sarat & adik diserang chicken pox...

masuk minggu ke-36 usia kandunganku,anak ke2 (aliah sofea@adik) dijangkiti chicken pox.. seingat aku dari kecil aku sendiri pun belum pernah kena,begitu juga dengan suamiku..kata orang sekali seumur hidup setiap orang pasti laluinya, malah ada yang dijangkiti lebih dari sekali.
bukan aku mengeluh dengan ujian yang kecil ini, cuma dalam keadaan sarat sekarang ini aku takut tidak dapat memberi sepenuh perhatian pada anak yang sedang sakit. tapi syukur kepada Allah,aku dikurniakan suami yang sangat prihatin dan bertanggungjawab. beliaulah yang lebih byk menguruskan anak,malah urusan rumahtangga juga.terima kasih ABANG! anakku juga seorang yang kuat semangat,walau kurang sihat namun dia sentiasa ceria,cuma yg selalu disebut2 dia mahu ke sekolah seperti biasa,rindu pada kawan2 barangkali...

di ruangan ini kukongsikan info berkaitan chicken pox sebagai panduan bersama yang disalin dari http://www.infosihat.gov.my

Pengenalan

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi

Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Komplikasi akibat chicken pox:

  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan

  1. Ubatan anti-viral :

Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).

  1. Rawatan antibiotik

Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

  1. Rawatan di rumah

    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam

Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

Selasa, 26 April 2011

8 TIPS LAHIRKAN ANAK SOLEH



Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.

Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang salihah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.

Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.

Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.

Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.

Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.

Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.

Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.

Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.

Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.

Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam

disalin dari http://www.islamituindah.my

Sabtu, 2 April 2011

sesudu bubur untuk si ibu



sudah lama sy ingin berkongsi kisah yang saya baca dari sebuah majalah beberapa tahun yang lepas sempena hari ibu..berulangkali saya membacanya dan tiap kali itu jugalah hati saya tersentuh,hingga pernah satu ketika saya berkongsi cerita tersebut di dalam kelas dan saya menangis teresak-esak di hadapan anak-anak didik saya...



Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yang diletakkan di penjuru rumah. ibu menggoncang-goncang dan meraup butiran beras di adalm tin itu. hanya ada dua tin susu sahaja yang masih berbaki. beras sudah hampir habis rupanya. pada siapa hendak ibu mengadu? ayah? saya tahu, ibu tidak mahu memikirkan hal itu.

ibu mengerling ke arah kami yang masih belum makan. saya lihat ibu ambil sedikit beras dari dalam tin susu itu., kemudian masukkannya ke dalam periuk. air dituang hingga penuh. setelah hampir setengah jam, ibu masukkan ke dalam sepuluh biji pinggan yang sudah tersedia.

bubur nasi itu berasap. seorang demi seorang anaknya dipanggil sehingga adik kami yang paling bongsu. makanlah kami sepuluh beradik ini hingga pinggan licin bersih. malam itu kami tidur dengan nyenyaknya.

paginya, kami bangun untuk bersarapan dan saya perhatikan ibu menyalakan api untuk memasak. ibu mengambil baki beras di dalam tin susu. sekali lagi ibu membuat bubur yang cair. seperti semalam juga, kami menghirup bubur hingga habis. bubur itu, walaupun cair saya rasakan begitu enak sekali. kami mengadu tidak cukup tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk. ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami.

tengah hari itu pun begitu. bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik. setiap kali waktu makan, saya perhatikan ibu pasti menadah tangan bersyukur anak-anaknya tidak kebuluran. mungkin ibu bersyukur hari ni kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi. mungkin juga ibu bersyukur kerana walaupun hidup miskin dan susah, tetapi kami tidak meminta-minta. kemudian saya lihat ibu berpaling ke belakang.

masuk hari ketiga, kakak kami yang sulung memandang ke arah ibu yang sedang duduk membelakangi kami adik-beradik. saya tidak menyangka, seperti saya kakak juga perasan ibu akan membelakangkan kami semasa menikmati bubur cairnya. yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk.

saya tidak tahu kenapa. adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu diganggu? atau ibu tidak sampai hati melihat kami yang sedang kelaparan?

perlahan-lahan kakak mengengsotkan badannya mendekati ibu. alangkah sedihnya kakak apabila dia melihat rupa-rupanya ibu hanya melaga-lagakan sudu di dalam mangkuknya yang sebenarnya kosong. tiada sebutir bubur nasi pun di dalam mangkuk ibu!

kakak segera berbisik kepada kami yang duduk di sekelilingnya. adik-adik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah kepada yang bongsu. kemudian kami seramai sepuluh beradik sepakat menghadiahkan sesudu bubur nasi untuk ibu.

kami sedih. kami tahu ibu sedang kelaparan, tetapi ibu tidak mahu memberitahu kami. ibu berkorban untuk kami. ibu sengaja melaga-lagakan sudunya dengan mangkuk bagi membohongi kami seolah-olah ibu juga sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknya.

setelah semua menghadiahkan sesudu bubur, saya lihat kakak mendekati ibu. kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi beersama tadi.

"makanlah, mak!" kata kakak perlahan.

ibu berpaling memandang kakak. tanpa menyentuh mangkuk yang dihulukan, ibu bingkas bangun kemudian terus berlari ke bilik dan menutup pintu. kami hanya mampu melihat titisan-titisan air mata ibu berciciran di lantai sehingga ke pintu bilik.......
sungguh sedih cerita ini. tidak jemu dibaca kerana ini adalah kisah benar. betapa besarnya pengorbanan seorang ibu...semoga kita menghargai ibu kita dan tidak lupa sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka...

Sabtu, 12 Februari 2011

Jumaat, 11 Februari 2011

diari kehidupan:antara nikmat dan ujian

ALIAH SOFEA (berbaju biru)


kisah ini bukan cerita baru,sebaliknya 5 tahun yang lalu. saya tergerak untuk berkongsi cerita ini bila seorang sahabat yang baru dikenali bertanya pendapat tentang pengalaman yang pernah saya alami...

sedar tak sedar sudah masuk tahun ke-4 saya bergelar guru j-qaf. tidak ramai yang tahu kepayahan yang dialami untuk berada di keadaan yang agak selesa sekarang...sebelum mendaftarkan diri di IPGM kampus pendidikan islam bangi saya telah mengisi borang KPLI sebanyak 7 kali...ya 7 kali bermula dari tahun 2002-2007 (tahun 2004 2kali kerana kpli & kpli-j-qaf borang berasingan)..sy sempat juga merasa pengalaman beratur panjang untuk membeli borang,sewaktu itu di MPKB (sebelum mengisi borang secara online diperkenalkan)..

setiap kali keputusan keluar tidak seperti yang diharapkan siapa yang tidak sedih,namun saya tetap sabar,redha dengan ketentuanNya dan yakin pasti akan ada peluang seterusnya untuk saya.

saya mendirikan rumahtangga pada tahun 2004.setiap kali permohonan dibuat suami mencadangkan agar tempat utk menduduki mtest/interview dibuat di tempat yang berbeza..kota Bharu,selangor,putrajaya,negeri sembilan,melaka semua saya sampai semata-mata untuk mencuba nasib...

pada tahun 2005,setelah setahun lebih menunggu cahayamata pertama sekali lagi saya menghadiri sesi temuduga,waktu itu di salah sebuah sekolah menengah di seremban. saya sedang mengandung 5bulan. bila panel penemuduga bertanya adakah saya sedang mengandung, saya menjawab dengan jujur...ya. panel tersebut menyatakan waktu itu juga saya layak utk diterima sebagai guru,tetapi terpaksa ditolak kerana saya sedang mengandung. hati kecewa saya terubat bila beliau menyatakan bahawa beliau membuat catatan pada borang saya untuk dipilih pada tahun berikutnya.

pada tahun yang sama juga saya memohon program KDC SABK. juga dipanggil utk ditemuduga. saya tahu,saya memang tidak boleh mendaftarkan diri kerana mengandung,tapi sekadar memenuhi syarat agar tidak di'blacklist' saya hadir juga. kali ini di IPIS. jawapan yang saya terima dari pihak panel setelah selesai temuduga..."puan memang banyak pengalaman, dan sudah boleh jadi guru..tapi sayangnya kami tak terima ibu yang mengandung..." saya redha..

september 2006. bila keluar sahaja iklan pengambilan kpli j-qaf saya terus memohon spt tahun2 sebelumnya..dari membeli no.pin,menduduki mtest dan hadir temuduga. kali ini di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka..doa dipanjatkan agar kali ini saya berjaya. bila barisan panel bertanya adakah saya mengandung, saya jawab tidak..saya memang yakin kali ini saya diterima..

Allah memang menduga keimanan saya...dua minggu selepas itu saya disahkan mengandung lagi..iman saya sewaktu itu menipis,setipis kulit bawang..saya mengambil masa yang agak lama untuk memujuk hati agar menerima kenyataan tersebut. bukan saya tidak inginkan anak ,tapi bukan di waktu ini..namun siapa saya untuk mempersoalkan urusan Allah..
suatu petang saya ternampak jiran saya datang ke sekolah menjemput anaknya. sewaktu itu saya masih mengajar di sekolah kafa. kami sudah lama tidak bertemu sejak saya berpindah rumah. kerana terlalu excited ingin menyapa,entah bagaimana kaki saya tergelincir..saya terjatuh.kaki saya terseliuh. saya rasa seperti ada air keluar dari peranakan saya...malamnya saya dibawa ke klinik utk scan. alhamdulillah, kandungan saya yang baru berusia 3bulan selamat.masa itulah baru saya terasa sebenarnya saya sayangkan anak itu..maafkan ummi adik..

Disember 2006 saya menerima surat tawaran mengikuti program KPLI j-QAF di IPIS. tarikh daftarnya pada Januari 2007. sekolah yang bakal saya bertugas pada tahun itu ialah SK Sungai Choh,daerah yang sama dengan tempat tinggal saya..Syukur ya Allah,permintaan saya dimakbulkan. tapi apakan daya saya terpaksa mengisi borang penolakan kerana anak dalam perut saya ini...saya ikut segala arahan yang diberi kerana saya belum berputus asa. saya akan cuba lagi pada pengambilan berikutnya. saya hubungi pihak yang berkenaan utk bertanya tindakan yang sepatutnya saya lakukan.

Allah menguji saya dengan nikmat kurniaanNya..ada insan bergelar isteri sekian tahun,namun belum dikurniakan anak..ada juga yang bertahun menyimpan segulung ijazah,usahkan terima tawaran mtest pun tak lepas...

memang segalanya ada hikmah. anak yang saya lahirkan cukup bulan,cukup berat & sifatnya diberitakan mengalami masalah usus. selepas melahirkan ALIAH SOFEA tiga hari di hosp.sg.buloh dia dikejarkan ke HKL kerana pembedahan segera perlu dilakukan. ususnya pecah dan terpaksa dipotong 4cm...hati saya berkata2..inilah kaffarah dosa saya..kesian anak kecil saya.saya menangis semahunya.namun,melihat anak2 lain yang lebih kritikal di HKL buat saya lebih bersyukur..keadaan ini cukup menginsafkan saya.selama 23hari berada di wad baru dibenarkan pulang. selama 2bulan juga saya menjaga puteri saya yang hanya membuang air besar melalui lubang yang ditebuk pada perutnya..bayangkan bagaimana saya hendak menjaga anak yang sakit ini jika pihak maktab menerima ibu mengandung utk belajar. pastinya menyusahkan semua pihak..

langit yang mendung akhirnya cerah semula. januari 2008 saya mendaftarkan diri di maktab. hikmahnya sekali lagi saya di tempatkan di sekolah yang lebih dekat sedikit, SK Sg. Buaya. puteri saya juga kini sihat spt kanak2 yang lain,malah jarang kena sakit dan tahan lasak. mungkin kerana dari kecil bermacam ubat sudah dimasukkan dalam badannya.

segala pengalaman yang dilalui saya jadikan pengajaran..saya juga tidak malu untuk berkongsi cerita dengan sesiapa agar mengambil iktibar dari apa yang berlaku...semoga Allah mengampunkan segala dosa saya...Amin..

Selasa, 1 Februari 2011

kasut oh kasut...




teringat saya pada satu drama tivi yang membuatkan air mata saya mengalir ~ KASUT~ satu drama yang menyentuh naluri di mana dua orang adik-beradik yang melakukan berbagai usaha untuk mendapatkan sepasang kasut...namun bukan kisah drama itu yg ingin saya kongsikan, tetapi satu kisah benar yang berlaku pada puteri sulung kesayangan saya, ANIS MAISARAH (kakak).

sudah lebih 2minggu adik minta belikan kasut baru kerana kasut lamanya dah koyak..awal tahun baru2 ini sy tidak membelikan kasut baru kerana yg sediaada masih elok, lgpun anak2 sy baru sekolah tadika, bila masuk ke kelas xperlu pakai kasut. cikgu pun xmarah bila anak2 cuma berselipar ke sekolah..

kisahnya bermula pada suatu malam, selepas membawa kakak ke klinik kerana alahan, sy minta suami singgah ke kedai kasut utk belikan kasut baru utk adik. kakak bagitau kasutnya sebelah dah hilang..lantas sy menghubungi cikgunya utk pengesahan (kasut anak2 tinggal di pusat jagaan). cikgunya memberitahu kasut kakak dah jumpa. tanpa soalan yg lebih mendalam ttg perkara tersebut maka sy dan suami mengiyakan sahaja jawapan cikgunya..

gara-gara nak mengajar anak berjimat/bersyukur, sy dan suami tidak mengendahkan kehendak anak. adik yang mendapat kasut baru sgt gembira..biasalah anak2 ada benda baru mesti nak tunjuk2..yg si kakak pula merajuk sampai ke rumah..dalam kereta pula suami bersyarah panjang pd kakak..bersyukur..ingat pada org yg lg kurang dr kita..jg barang elok2..kasut takpenting,yg lg penting belajar...mcm2 lg..bila tanya kakak paham tak?? kakak jawab...PAHAM...

sy ingatkan dia dah ok..bila bangun pagi dia xnak mandi,menangis..dengan suara yang tersekat2 dia bgtau nak kasut baru..setelah dipujuk baru ke bilik air..lepas sja mandi,pakai baju,dia duduk di hujung dinding melihat adik pakai kasut baru...mula lagi drama di pagi hari...sedihnya kakak tak dapat kasut baru hingga ke sekolah pun xnak salam ummi...masuk kereta pun muncung saja..

setelah melambai tangan pada anak2 & suami (anak2 suami yg hantar ke sekolah) sy mulakan kerja2 rumah spt biasa. tak lama telefon berdering..tertera "abang sayang"...apa pulak yang tertinggal kali ni..terdetik dalam hati..

"ayang, tadi sebelum hantar kakak ke sekolah abang singgah ke pusat jagaan, tengok kasut kakak mmg kotor sangat" sy jawab "tak apalah,balik nnt ummi basuh rendam klorox" suami menambah lagi "cikgu kata kasut kakak jumpa kat padang. belakang kasut dah koyak mcm kena gigit anjing.." tetiba .hati sy jd sayu.. kesian kakak,dia nak bagi penjelasan ttg kasutnya tp xtau nak ckp macamana agaknya..suami pesan balik sekolah nanti pergi kedai, belikan kakak kasut baru...

saya cepat2 SMS pd cikgunya supaya pujuk kakak,dan minta cikgu bgtau tghari nnt ummi bw kakak ke kedai kasut..mmg salah ummi sebab tak tengok dulu keadaan kasut kakak sebelum buat keputusan..padahal kasut sekolah utk anak sebesar itu berapalah sangat nilainya berbanding hatinya yang terguris...maafkan ummi kakak..

khurafat di kalangan masyarakat melayu



beberapa hari yang lepas sy & keluarga berkesempatan memenuhi hak sesama muslim ~ menghadiri satu undangan majlis perkahwinan seorang kenalan suami. walau meredah hujan yg lebat alhamdulillah kami selamat sampai ke tempat yg dituju.

sedang kami menjamah hidangan tiba beberapa orang kampung tempatan (agaknya) yg sudah veteran...salah seorang pakcik berkata "tak baling sp**der ke atas bumbung ke semalam?" jawab makcik yg lg sorang..."entah, dah bagitau Cikgu R (tuan Rumah) suruh baling...semalam rumah si Anu elok panas,hari ni hujan pulak..."

sy dan suami saling berpandangan...dalam hati saya mengucap panjang. inilah kali pertama sy dengar petua nak elak hujan..Astaghfirullahal a'zim.. tp memang patut pun tuan rumah xdengar cakap makcik tu, walau hujan turun mencurah-curah tapi majlis beliau tetap meriah dan semua meja sentiasa penuh dengan tetamu..

pada saya inilah satu kepercayaan di kalangan masyarakat melayu yang tidak boleh diguna pakai, seolah2 kita yang mengatur hari hujan atau pun tidak...bukankah hujan itu suatu rahmat dan salah satu masa mustajab berdoa ialah pd waktu hujan??


Perkataan khurafat ini berasal dari bahasa arab :kharafa-yakhrifu- kharfan- khurafatan. Dari pandangan bahasa Inggerisnya merujuk kepada "superstition".

Dari segi bahasa khurafat didefinisikan sebagai sebaris kata yang membawa erti kepercayaan yang karut, dongeng dan tahyul. Contohnya : kata-katanya itu banyak bida’ah dan khurafat. Ia merupakan amalan hidup yang pernah wujud di dalam masyararakat jahiliah pada masa lalu.

Manakala menurut istilah syarak pula mengertikan perkara ini sebagai semua kepercayaan yang diyakini kegiatannya memiliki dasar dan bersumber daripada ajaran agama Islam walaupun pada hakikatnya perkara tersebut adalah bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu penutup para nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t.

Pada mulanya perkataan ini lebih dimaksudkan untuk semua hal atau kepercayaan yang bertentangan dengan kaedah Islamiah yang benar. Akan tetapi selanjutnya juga dimaksudkan untuk semua praktik, aktviti mahupun kegiatan muamalah atau bidang-bidang yang menjadi lapangan berlaku tuntutan syariat padanya.

Ramai di antara umat Islam terlepas pandang atau tidak mengambil berat akan perkara ini, namun inilah hakikatnya bahawa gejala ini telah menular di dalam agama Islam dalam pelbagai sudut, aspek dan bentuk sehingga ia telah meliputi konsep ibadah dan kehidupan masyarakat Islam sendiri.

Khurafat yang diyakini oleh pelakunya sebagai sesuatu yang dibenarkan oleh agama mungkin sahaja dapat dapat memberikan ketenangan dan kemantapan jiwa bagi melakukannya. Malangnya, kerana perbuatan itu pada dasarnya menyimpang dari tuntutan agama yang sebenar, maka kenikmatan itu adalah bersifat semu, iaitu tidak kekal. Hal ini sama sekali bertentangan dengan fitrah manusia kerana ia bertentangan dengan akal sihat.

Bila Islam memusatkan seluruh pengabdian kepada Allah s.w.t maka khurafat menyelewengkannya daripada pemusatan tersebut secara tidak langsung dan bila Islam melapangkan bidang muamalah bagi manusia, ia cenderung pula untuk menyempitkannya.

AMALAN KHURAFAT MASIH BERTERUSAN

Dalam kalangan masyarakat sekarang, negara kita umumnya terdapat banyak gejala khurafat, ia adalah hasil budaya orang kita yang terlalu percayakan hal-hal yang bawa oleh orang terdahulu daripada mereka tanpa merujuknnya secara mendalam di dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta para alim ulama kerana iman yang kurang mantap termasuk sikap masyarakat yang inginkan jalan mudah dalam mencari kesenangan dan kebahagiaan hidup serta sikap orang kita yang amat kuat berpegang kepada adat. Buktinya peribahasa yang berbunyi “Biar mati anak, jangan mati adat.”

Adapun gejala khurafat ini terdidik dari kecil, contohnya di dalam budaya masyarakat kita adalah menjadi kebiasaan kanak-kanak sering ditakutkan dengan hantu pada malam jumaat sedangkan pada malam tersebut Allah s.w.t menurunkan rahmat untuk semua hamba-Nya pada malam tersebut. Bahkan ada lagi satu situasi di mana kanak-kanak takutkan dengan hantu apabila tidak mendengar ibu bapa, kenapa sahaja tidak katakan kepada anak tersebut bahawa Tuhan akan marah? Rasanya itu lebih baik dan akan memupuk semangat takut akan Maha Pencipta.

Walau bagaimanpun khurafat juga boleh berlaku secara tidak sengaja oleh pelakunya atau sebaliknya. Hal ini boleh berlaku terhadap sesuatu individu, kelompok dan istitusi masyarkat masa kini kerana lemahnya mereka yang bersangkutan untuk menolak godaan khurafat atau ada maksud-maksud tertentu. Mungkin tanggungjawab terhadap Allah s.w.t jauh lebih berat dan besar dibandingkan dengan pelanggaran- pelanggaran lainya yang dilakukan dengan sengaja.

Khurafat secara tidak sengaja lazimnya berlaku disebabkan oleh kejahilan pelakunya bahawa hal berkenaan tidak dibenarkan oleh Islam dan terpesong dari landasan yang benar. Namun, bagi mereka yang melakukan perbuatan khurafat ini dengan sengaja ataupun tidak, pintu taubat masih terbuka untuk mereka asalkan mereka mahu bertaubat.

BENTUK KHURAFAT.

Khurafat masih wujud di dalam masyarkat Islam sekarang, bahkan ia juga telah muncul dalam bentuk-bentuk yang berbagai-bagai samada dalam bentuk perbuatan tertentu, ungkapan tertentu, cerita atau kisah tertentu, bilangan tertentu, serta konsep, prinsip atau mazhab tertentu. Amalan mengunjungi kubur yang dianggap keramat mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial membuang ancak bagi menghalau hantu adalah sebahagian bentuk gejala khurafat.


Melenggang Perut.

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut:

1.Tujuh helai kain yang berlainan warna.

2. Satu gantang beras.

3. Sebiji buah kelapa.

4. Beberapa urat benang.

5. Satu batang damar.

6. Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.

7. Beberapa batang lilin.

8. Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.

9. Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.

Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut:

Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.

Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.

Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.

Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.


Temasya Mandi Safar

Temasya Mandi Safar merupakan satu perayaan orang Melayu khususnya orang Melaka yang diwarisi sejak zaman berzaman. Temasya ini diadakan setiap tahun apabila tiba bulan Safar iaitu bulan kedua di dalam kalendar Islam. Ia disambut pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan tersebut.

Sebelum Perang Dunia II, sebahagian masyarakat menganggap temasya mandi Safar ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Islam. Menurut anggapan mereka, kononnya hari tersebut dirayakan sebagai menyatakan kesyukuran kerana junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. telah sembuh daripada sakit yang amat berat.

Ada pendapat yang menganggap bulan Safar bulan Nahas atau bulan Bala kerana di dalam bulan ini terutamanya pada hari Rabu terakhir, Allah banyak menurunkan bala kepada makhluknya di dunia ini. Oleh itu orang-orang tua sering mengingatkan anak cucu mereka agar berhati-hati ketika melakukan sebarang pekerjaan.

Oleh kerana wujud kepercayaan seumpama ini, maka upacara perkahwinan, pertunangan dan majlis keraian tidak dilalukan pada bulan tersebut kerana dipercayai jodoh teruna dan dara tidak berkekalan.

Di Melaka tempat yang terkenal mengamalkan pesta Mandi Safar ialah di Tanjung Beruas, Tanjung Kling, Melaka. Tempat ini terletak di tepi laut Selat Melaka iaitu kira-kira tujuh batu dari Bandar Melaka.

Dalam menjayakan pesta ini, kereta lembu memainkan peranan yang penting. Pemilik kereta lembu yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat tani akan mengambil bahagian. Setiap tahun pada malam Rabu akhir bulan Safar mereka akan membanjiri sepanjang pantai Tanjung Keling dengan membawa kumpulan mereka. Beberapa minggu sebelum tibanya hari tersebut, lembu-lembu ini akan dibersihkan dan disapu minyak. Di samping itu mereka akan mengumpulkan alat muzik seperti biola, gong dan gendang bagi mengiringi mereka nanti.

Semasa dalam perjalanan mereka akan mengesek biola, memukul gendang dan gong serta menyanyi sepanjang jalan sehingga ke Tanjung Kling. Mereka akan menyanyi sambil berbalas pantun dalam berbagai corak pantun.


Azimat

Semua benda-benda yang dipercayai dapat melindungi diri seseorang daripada segala ancaman marabahaya atau mencegah musibah daripada menimbah diri manusia. Tangkal adalah salah satu daripadanya. Tangkal merupakan barang yang dibuat untuk dipakai seperti gelang tangan yang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu atau untuk diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan tujuan melindung dari gangguan syaitan seperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di sudut kediaman.

Lazimnya benda-benda sebegini didapati daripada pengamal-pengamal ilmu hitam atau sihir dan ia diyakini mempunyai kekuasatan ghaib serta memilik khadamnya yang terdiri makhluk ghaib.

Manakala waraq pula adalah azimat dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf, nombor, rajah atau gambar yang ditulis atas kertas atau kepingan tembaga. Ia ditulis dalam bahasa yang tidak difahami dan kadangkala bercampur-aduk dengan ayat-ayat Al-Quran. Itulah sebabnya ada golongan yang terpedaya sehingga mempercayai ia berkaitan dengan ajaran Islam.

Jika wafaq tersebut mempunyai tulisan ayat Al-Quran maka si pemakainya sebenarnya telah menghina Al-Quran kerana menganggap remeh ayat-ayat dalam kitab suci itu dan ini benar-benar bertentangan dengan apa yang dimuatkan di dalamnya. Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dari kegelapan, bukan sebagai azimat.

Fenomena ini bertentangan dengan Islam kerana tiada daya melainkan Allah s.w.t. Dan tentunya kita pernah mendengar ayat ini “Tidak akan berlakunya sesuatu perkara itu melainkan dengan izin Allah s.w.t.” Perbuatan ini ditentang keras di sisi agama islam kerana ia boleh menjerumuskan seorang individu kepada syirik. Tambahan lagi hadis umumnya melarang azimat dan tidak disebutkan pula pengecualiannya walaupun ada percanggahan pendapat dalam kalangan alim ulama.


SMS Atau Surat Berantai

Tercetus daripada kemajuaan teknologi yang dikecapi oleh masyarakat masa kini. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak perasan, terlepas pandang dan tidak mengambil berat perkara ini bahawa bentuk amalan ini mempunyai unsur-unsur khurafat yang amat halus.

Jika kita selidiki setiap surat berantai atau SMS berantai pastinya dimulakan dengan cerita-cerita yang menginsafkan dan mengingatkan kembali seseorang akan tuntutan Islam namun sebaliknya pula di akhir helaian atau pun SMS. Contoh pengakhiran suatu SMS atau surat berantai lebih kurang begini :

“Barang siapa yang tidak menyebarkan SMS kepada sepuluh orang ini atau mengabaikannya, maka dia akan ditimpah kesusahan selama tujuh hari. Manakala siapa yang mereka menyebarkannya pasti ada akan dilimpahi kesenangan daripada Allah s.w.t selama tujuh minggu.”

Justeru, orang yang menerima SMS atau surat tersebut pun terpedaya dan menyebarkannnya kepada sepuluh orang kerana takut dengan kesusahan yang diperkatakan itu sama ada secara terpaksa atau tidak.

Namun itu bukanlah persoalannya utamanya, persoalannya di sini mereka yang mempercayai perkara ini telah dipesongkan akidahnya. Sama ada percaya atau tidak, mereka yang termakan dengan ayat seperti di atas sebenar telah meletakkan kekuasaan untuk menentukan takdir hidup mereka pada SMS atau helaian berkenaan bukannya Allah s.w.t. Susunan ayat seperti di atas telah mengalihkan keyakinan mereka daripada Maha Pencipta secara halus. Kemungkinan gejala terbaru ini adalah sebahagian rancangan musuh-musuh Islam tidak boleh diambil ringan.

AKIBAT MEMPERCAYAI ATAU MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT.

Gejala khurafat boleh menyeleweng akidah seorang invidu muslim dengan mengalihkan pergantungan manusia daripada Khalik (Pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Hal ini ditegaskan boleh menjatuhkan kepada seorang individu muslim kepada syirik kerana apabila kita merujuk kepada Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah s.w.t dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya sama ada bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan. Yang memberikan kenikmatan dan keyakinan hanya Allah s.w.t. kepada- Nya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah :

“Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah mengkehnedaki ke atas kamu sesuatu kemudaratan adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu. Atau jika Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepada ku adakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala-galanya. Kepada-Nya bertawakkal semua orang yang bertawakal.”


( Surah Al-Zumar : Ayat 38 )


Khurafat boleh membatalkan iman seorang muslim dan menggugurkan syahadah yang telah diucapkannya disamping membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia serta menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik disamping boleh menjatuhkan seorang muslim kepada syirik. Hadis Nabi :


“Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)”


( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )


Kemudian, masyarakat yang mengamalkan akan mengalami banyak krisis kemunduran terutama sekali amalan akhlak. Situasi ini boleh kita lihat apabila merenung bagaimana keadaan masyarakat jahiliah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Pelbagai perkara telah disempitkan oleh gejala khurafat. Fikiran pun kolot.


Oleh yang demikian tidak beruntunglah sesuatu bangsa suatu umat selagi mana amalan khurafat ini masih bertapak di dalam kelompok mereka walaupun mereka dapat mengecapi nikmat dunia.

Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa’ ayat 48:

Maksudnya: “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan akan mengampunkan dosa lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguh-Nya ia telah melakukan dosa yang besar. “



semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita & menjauhi kita dari segala yang menyesatkan.

http://www.islam.gov.my/khutbah-online/khurafat-membawa-sesat

http://www.ashtech.com.my/adat/lenggang_perut.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Temasya_Mandi_Safar

http://nurjeehan.hadithuna.com/ilmu-akidah-perisai-utama-elak-khurafat/

http://www.scribd.com/doc/3243947/PANDANGAN-ISLAM-TERHADAP-KHURAFAT